Pelajar FSKTM UPM Johan Pertandingan UM Hackathon 2024
Tahniah buat pelajar-pelajar FSKTM, Haziq Hakimi bin Mazlisham (BSK Pengkomputeran Multimedia), Muhammad Hakim bin Zulkhainain (BSK Pengkomputeran Multimedia), Haris Azhari bin Zaharudin (BSK Pengkomputeran Multimedia), Ilham Firdaus bin Rohimmi (BSK Pengkomputeran Multimedia), dan Adam Isris bin Mohamad Ismol (BSK Rangkaian Komputer) kerana berjaya merangkul tempat Pertama (Champion) bagi Kategori Domain 2, serta memenangi RM5000 dalam pertandingan UM Hackathon 2024 yang dianjurkan oleh Universiti Malaya sepanjang 30-31 Mac 2024.