Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM bangunkan teknologi AI mudahkan umat Islam dalami Al-Quran
Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM), Universiti Putra Malaysia(UPM) mengambil inisiatif membangunkan kecerdasan buatan atau dikenali sebagai artificial intelligence (AI) bertujuan untuk memudahkan masyarakat beragama Islam mendapat ilmu dalam mendalami Al-Quran dengan aplikasi yang kreatif.