AI, Data Raya Mudahkan Pengurusan Bencana | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » AI, Data Raya Mudahkan Pengurusan Bencana

AI, Data Raya Mudahkan Pengurusan Bencana

 

 

 

PENGGUNAAN teknologi terbaharu mampu membantu pengurusan pelbagai pihak dalam menjaga kesejahteraan rakyat ketika musim Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur dan beberapa daerah di Sabah serta Sarawak yang biasanya mengakibatkan banjir.

Gabungan teknologi terbaharu seperti teknologi kecerdasan buatan (AI), data raya dan internet benda (IoT) dapat memperkasakan pengurusan MTL termasuk membolehkan pelbagai maklumat disimpan dalam pangkalan data raya untuk dianalisis.

Realitinya, teknologi terbaharu dalam pengurusan Monsun Timur Laut boleh dilihat dalam konteks pengurusan sistem maklumat bersepadu (SMPB) merangkumi alat ramalan peristiwa kecemasan atau sistem amaran awalan (EWS) dilengkapi dengan sistem AI serta alatan pengesan IoT.

Ia membolehkan pihak berkuasa memberikan notifikasi banjir dan panggilan kecemasan kepada penduduk di kawasan terjejas banjir menggunakan aplikasi mudah alih dapat dicapai di mana-mana dan setiap masa.

SMPB juga dapat menyimpan rekod mangsa dan barangan keperluan dalam pangkalan data raya terutama di pusat penempatan sementara (PPS) bagi tujuan perancangan perolehan serta penggunaan.

Pengagihan makanan dan bekalan ubatan juga boleh dilakukan melalui sistem aplikasi SMPB disambungkan dengan pembekal melalui sistem rantaian supaya mudah diserahkan kepada penerima.

Malah, teknologi juga dapat digunakan dari segi pemantauan penempatan mangsa melalui sistem aplikasi dan peranti bergerak seperti dron dan kamera litar tertutup (CCTV) dilengkapi dengan sistem telekomunikasi 5G.

Pada masa sama, ramalan cuaca juga dapat dihebahkan kepada penduduk melalui sistem pintar supaya mereka dapat mengambil tindakan awal dengan menjangkakan masalah yang mungkin timbul serta langkah kecemasan.

Pihak pengurusan bencana juga boleh mendapatkan maklum balas dengan cepat terhadap perkhidmatan disediakan kepada pelanggan, iaitu mangsa ditempatkan di PPS.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi terkini tidak terlepas daripada isu dan cabaran baharu tetapi ia dapat diatasi sekiranya kakitangan terbabit dengan SPMB bersikap terbuka dalam meningkatkan tahap pengetahuan dan sentiasa berubah supaya mutu perkhidmatan sistem ini dapat ditingkatkan.

Pada masa sama, data raya juga membuka cabaran baharu berkaitan privasi data dan penggunaan beretika yang perlu ditangani supaya dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap tujuan pelaksanaan.

.

.

.

... ikuti artikel selanjutnya di Berita Harian (15 Disember 2023)

 

Prof. Ts. Dr. Rusli Hj. Abdullah (Foto)

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 21/12/2023 | Kemaskini: 21/12/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdFAS~