UNIT PENDIDIKAN LUAR

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Universiti Putra Malaysia

Tel : 03-89466589 ; Fax : 03-89466587

 

last edit 14/07/05

 

* Sila rujuk laman web e-fakulti

 

a
 
  Senarai Kursus Diploma  Sains Komputer
       
  Senarai kursus  

Sinopsis

 

SAK1002

(Penggunaan Kepada Teknologi Maklumat)

 

Kursus ini bertujuan melengkapkan pengetahuan para pelajar tentang operasi sistem komputer termasuk reka bentuk komputer, cara komputer memproses maklumat dan method komunikasi komputer. Topik-topik yang dibincangkan termasuk method-method input dan output, pemprosesan, storan dan output, perisian komputer dan pengenalan kepada jaringan komputer dan komunikasi data.

 

SAK1103

(Pengenalan Kepada Struktur Diskret)

 

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada teori set dan operasinya, logik, aruhan matemati, pilih atur, gabungan, kebarangkalian, hubungan dan diagraf, fungsi dan teori graf.

 

SAK1110

(Pengenalan Kepada Pengaturcaraan)

 

Kursus ini menyediakan pengenalan kepada pengaturcaraan dengan menggunakan Visual Basic. Penekanan kursus ini adalah berdasarkan kepada penyelesaian masalah dan pembangunan aturcara. Ianya meliputi asas-asas penyelesaian masalah, pengaturcaraan asas, kenyataan kawalan, tatacara, tatasusunan dan pemprosesan fail.

 

SAK1111

(Pengaturcaraan C++)

 

Kursus ini memberi tumpuan kepada teknik penyelesaian masalah dan pengaturcaraan. Antara teknik penyelesaian masalah adalah mereka bentuk algoritma menggunakan pseudokod atau carta alir. Topik meliputi konsep terperinci berkenaan perwakilan data, data pemalar dan pemboleh ubah, ungkapan aritmetik dan penyataan umpukan, penyelesaian masalah dengan struktur pilihan dan ulangan. Pendedahan akan diberikan untuk pengaturcaraan berorientasikan objek (OOP).

 

SAK1114

(Pengatucaraan COBOL)

 

Kursus ini memperkenalkan pengaturcaraan COBOL dan penyelesaian masalah dalam persekitaran pemprosesan data urusniaga. Topik termasuklah pengenalan kepada COBOL, bahagian utama didalam aturcara COBOL seperti bahagian IDENTIFICATION, ENVIRONMENT, DATA dan PROCEDURE, input dan output dalam COBOL, isihan dengan arahan SORT, ciri-ciri lanjutan, pengenalan kepada pemprosesan fail, organisasi fail dan menyediakan aturcara COBOL mengenai masalah pemprosesan data.

 

SAK1119

(Pengaturcaraan JAVA)

 

Kursus ini memperkenalkan pengaturcaraan dalam java. Topik termasuklah sejarah, jenis data, pengaturcaraan berorientasikan objek, struktur data dan fitur bahasa java.

 

SAK1127

(Struktur Data)

 

Kursus ini menekankan konsep pengurusan data di dalam ingatan utama dan algoritma untuk mangolah data berstruktur termasuk struktur data asas (tatasusunan, senarai linear satu hala, pepohon dan jadual) ; algoritma untuk perlaksanaannya ; graf (takrif, terminologi dan sifat) ; pengurusan ingatan (cincangan, algoritma untuk peruntukan storan dinamik misalnya, sisitem dampingan dan tanda sempadan, pemungutan sampah dan pemadatan) ; kaedah isihan / carian dalaman dan luaran, serta struktur data pada storan kedua.

 

SAK1207

(Organisasi dan Seni Bina Komputer)

 

Kursus ini memperkenalkan organisasi dan seni bina komputer digital yang melibatkan komponen-komponen utamanya iaitu Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Ingatan Utama (MM) dan Unit Input/Output (I/O). Konsep-konsep asas pembinaan komputer seperti Aljabar Boolean, Sistem Nombor Perduaan, Get dan Litar Logik akan dibincangkan. Struktur dan organisasi komputer multipemproses juga akan diperkenalkan.

 

SAK2309

(Sistem Pengoperasian)

 

Kursus ini akan memberikan konsep asas berkenaan apakah sistem pengoperasian (Operating System (OS)), fungsi dan komponen uatamanya. Topik yang akan diberikan penekanan termasuk sejarah dan perkembangan OS, komponen utama didalam reka bentuk OS, konsep asas dan fungsi pengurusan proses, algoritma penskedulan proses, konsep asas dan fungsi pengurusan storan, konsep asas dalam pengurusan ingatan maya dan sistem fail, sistem keselamatan dan konsep asas pengurusan sistem teragih. Kajian berkenaan beberapa OS seperti UNIX dan MSDOS akan dijalankan.

 

SAK2406

(Pengaturcaraan Pangkalan Data)

 

Kursus ini menekankan penjanaan aplikasi menggunakan sistem pengurusan pangkalan data hubungan. Ia menyediakan pelajar dengan kemahiran teknikal untuk memprogramkan aplikasi menggunakan persekitaran pengaturcaraan dengan pangkalan data. Topik-topik termasuklah model data entiti-perhubungan dan hubungan, takrifan dan pengolahan data dalam SQL, pembangunan aplikasi dan capaian pangkalan data melalui internet.

 

SIM1303

(Analisis dan Reka Bentuk Sistem)

 

Kursus ini meliputi pendekatan sistem kepada pemprosesan data dan maklumat, kitaran hayat pembangunan sistem (SDLC) yang merangkumi analisis, Reka Bentuk dan perlaksanaan sistem. Penekanan juga diberikan kepada persekitaran sistem, peranan juruanalisis sistem dan penggunaan bantuan komputer di dalam pembangunan sistem seperti alatan CASE.

 

SIM2200

(Sistem Maklumat)

 

Kursus ini memperkenalkan konsep asas untuk memahami dan menganalisis maklumat di dalam organisasi. Topik utama termasuk pengenalan dan pembangunan kepada sistem maklumat dalam organisasi, Sistem Maklumat Eksekutif (EIS), Sistem Sokongan Keputusan (DSS), Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Sistem Maklumat Perakaunan (AIS), Sistem Maklumat Kewangan (FMS), Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS), Sistem Maklumat Pemasaran dan Sistem Maklumat Pembuatan. 

 

SIM2207

(Etika Dalam Pengkomputeran)

 

Kursus ini membincangkan tajuk asas mengenai etika dalam pengkomputeran dan hubungannya dengan teknologi maklumat. Ini termasuklah jenayah komputer, etika dalam profesyen, persekitaran kerja dan hak cipta. Penekanan juga diberikan kepada perlaksanaan dan penguatkuasaan.

 

SIM2208

(E - Perdagangan)

 

This course introduces the concepts and philosophy of electronic commerce and related issues, challenges and advantages of Information Systems use in digital economy such as electronic payment systems, electronic banking and digital publishing. Emphasis will be given to the technology utilization and application development for the real borderless world.

 

SIM2209

(E - Pentadbiran)

 

Kursus ini membincangkan konsep pertadbiran yang menggunakan teknologi elektronik. Isu dan masalah yang mempengaruhi globalisasi dan tempat kerja secara maya dan juga kesan teknologi ini terhadap individu, kumpulan. organisasi, masyarakat dan negara. tajuk-tajuk meliputi : isu dan manfaat tempat kerja berelektronik, penggunaannya dalam organisasi, aplikasi dan persekitaran tempat kerja maya.

 

SKR1200

(Rangkaian Komputer Asas)

 

Kursus ini akan membincangkan konsep asas serta terminologi yang digunakan dalam rangkaian komputer, hubungan serta perbezaan diantara Rangkaian Kawasan Setempat (LAN), Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN). Kursus ini mendedahkan kepada pelajar ciri-ciri transmisi fizikal, seni bina rangkaian, seni bina pepaut logikal, dan elemen-elemen geganti antara rangkaian. Pelajar dapat menggunakan asatu aplikasi LAN untuk tujuan praktikal

 

SKR2200

(Keselamatan Komputer)

 

Kursus ini akan memperkenalkan konsep asas keselamatan komputer. Ia meliputi takrif, kaedah keselamatan komputer serta algoritma penyulitan dan penyahsulitan. Perbincangan tentang keselamatan rangkaian akan melibatkan konsep perlindungan dan pencerobohan rangkaian. Perisian aplikasi firewall akan dibincangkan. Perancangan dan pengurusan kawalan keselamatan diberikan penekanan.

 

SMM2011

(Teknologi Multimedia Asas)

 

Kursus ini merangkumi kefahaman asas mengenai perkakasan komputer dan perisian multimedia. Ia turut membincangkan evolusi multimedia dan pendedahan kepada fungsi pakej-pakej perisian multimedia masa kini. Pelajar juga akan mempelajari konsep aplikasi multimedia, konfigurasi ingatan multimedia dan teknik-teknik paparan skrin.

 

SMM2102

(Pembangunan Multimedia Asas)

 

Kursus in meliputi proses langkah demi langkah bagaimana sesebuah aplikasi multimedia yang interaktif berpindah daripada konsep kepada pembangunan multimedia. Pelajar akan mempelajari kaedah pembangunan teknologi asas multimedia, konsep hiper pautan dan seterusnya mampu menghasilkan produk multimedia yang diterbitkan pada CD-ROM.

 

SMM2302

(Grafik dan Animasi Komputer)

 

Kursus ini bermula dengan konsep-konsep asas grafik komputer sebelum menjurus kepada animasi komputer. Konsep-konsep grafik komputer yang dipelajari merangkumi teori persepsi warna, perkakasan grafik, penjanaan imej 3D, transformasi, model 3D, dan teori cahaya, manakala konsep-konsep animasi yang dipelajari merangkumi prinsip asas teknik animasi komputer tradisional, dan animasi berasaskan keyframe. Penggunaan pakej-pakej grafik seperti 3D Studio ditekankan.

 
   

 Copyright Unit ICT 1, FSKTM
For problems or questions regarding this web contact
[webadmin]
Last updated : 07/14/06