Program ijazah ini akan menekankan pelajar terhadap prinsip utama Kejuruteraan Perisian, kaedah dan peralatan untuk pembangunan sistem perisian. Ini termasuk teknik-teknik pengurusan projek perisian, penggunaan alat seperti CASE Tools dan kepentingan kualiti perisian.
Struktur Kurikulum
Komponen-komponen program adalah terdiri daripada kursus major (78 kredit) dan kursus elektif (22 kredit).
PROSPEK PEKERJAAN
Diharapkan graduan dari jabatan ini akan menceburi dalam bidang-bidang berikut:
· Jurutera Perisian
· Pengurus Projek Perisian
· Ahli dalam Jaminan Kualiti Perisian
· Juru Analisis Sistem
· Pentadbir Sistem Aplikasi
· Penguji Perisian
· Penyenggara Perisian
· Perunding Pembangun Perisian
Graduan juga boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan. |