Program Master Sains menawarkan pengajian khusus dalam pelbagai bidang sains komputer. Calon M.S. akan menyempurnakan beberapa kursus akademik dalam bidang utama dan satu projek penyelidikan. Bidang pengajian untuk program ini adalah seperti berikut:
· Pengkomputeran Selari dan Teragih
· Rangkaian Komputer
· Sistem Maklumat Pengurusan
· Kejuruteraan Perisian
· Sistem Pangkalan Data
· Pengkomputeran Cerdas
· Keselamatan Komputer
· Grafik Komputer
· Sistem Multimedia
· Perisian Sistem
Seseorang calon yang mengikuti program ini boleh menyempurnakan pengajiannya dalam jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun dan maksimum selama tiga tahun. |