Ucapan “Terbaik!” kepada Dr. Azrina, yang telah dipilih sebagai finalis untuk Anugerah Fellowship Naib Cancelor Kategori Pengajaran (AFNC-KP 2023). Beliau akan menyertai Sesi Penilaian Akhir (Simulasi Pengajaran dan Temu Bual) untuk Kategori Pengajar Cemerlang, Kelompok Sains Gunaan pada 24 April 2024, jam 11 pagi. Sesi tersebut melibatkan pembentangan simulasi pengajaran selama 20 minit dan temu bual selama 10 minit. Terima kasih atas segala usaha keras dalam persediaan untuk pertandingan ini. Dengan harapan pengalaman ini akan menjadi perjalanan yang berharga kepada beliau tanpa mengira hasilnya. Mari kita bersama-sama memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau.
Dr Azrina Kamaruddin (Foto)
Peserta peringkat akhir bagi AFNC – KP 2023.
Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 25/04/2024 | akmalhafiz
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan