Tahniah diucapkan kepada Hoh Jia Da, salah seorang pelajar Bacelor Kejuruteraan Perisian (BKP) Year 2 (Sem 3), FSKTM UPM dan pasukan beliau Vignesh Naidu dan Celine Hoh kerana telah memenangi tempat kedua dalam kategori SPRINT untuk MYHackathon pusingan Kota Kinabalu menerusi projek mereka yang bertajuk 'Hirelah'. MYHackathon kali ini telah berlangsung pada 14 November 2020.
Apakah solusi Hirelah?
Hirelah membantu untuk mengecilkan jurang di antara majikan, pekerja dan pemimpin di Malaysia. Penyelesaian yang dicadangkan telah mengambilkira dan menganalisis pernyataan masalah yang diberikan, termasuklah-Bot Interaktif AI, Analisis Resume, Penilaian Keserasian dan Game-changer.
Melalui solusi yang dicadangkan, Hoh Jia Da bersama rakan kumpulannya berjaya memberikan penyelesaian untuk pernyataan masalah yang diutarakan iaitu:
PRODUKTIF 1: Penyelesaian digital untuk pencari kerja– penilaian dan analisa jurang kelayakan serta cadangan pembangunan kemahiran, peningkatan kemahiran atau ‘reskilling'.
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Cradle Fund Sdn. Bhd. dalam menganjurkan pertandingan ini.
#LAHstartupseries
#MyHackathon
#MOSTI
#STI
#SolusiUntukKebaikanRakyat
#KitaJagaKita
Tarikh Input: 17/12/2020 | Kemaskini: 17/12/2020 | akmalhafiz
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan