Prof. Dr. Zuriati Terima Anugerah 'Distinguished Women', VIWA 2019 | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» BERITA » Prof. Dr. Zuriati terima anugerah 'Distinguished Women', VIWA 2019

Prof. Dr. Zuriati terima anugerah 'Distinguished Women', VIWA 2019

CHENNAI, 2 Mac – Timbalan Dekan (Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain menerima anugerah ‘Distinguished Women’ dalam Komputer Sains sempena Mesyuarat Tahunan Wanita (AWM) 2019 kali ke-4 di Chennai, India.

 

 

Anugerah ini ditubuhkan pada tahun 2016 dan telah dianugerahkan kepada profesional wanita yang berjaya memberikan sumbangan besar dalam bidang sains dan teknologi dan mempunyai rekod luar biasa sumbangan penting kepada institut ini, Centre for Advanced Research and Design (CARD) of Venus International Foundation (VIF).

 

Pencapaian ini diraikan kepada wanita profesional dalam menunjukkan keberanian, kreativiti, kecemerlangan, keaslian dan daya tahan dalam setiap disiplin yang mereka ceburi.

viwa2019

Sumber : Venus International Women Award (VIWA) 2019

 

Tarikh Input: 06/03/2019 | Kemaskini: 06/03/2019 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXFJJAK~